Malaysia dah wajibkan penumpang belakang pakai seat belt. sebenarnya bagi aku, isu ni tak perlulah nak dikecohkan sangat. Aku first beli keta tahun 1997 dulu pon seat belt kat seat belakang dah ada dah, tapi masa tu tak diwajibkan pakai pon. Aku pon heran jugak masa tu, seat belt dah ada tapi nape tak disuruh pakai. So, dah tak wajib masa tu tak de la nak menyusahkan pakai ye tak?? Seat bealt tu pon nampak menyemak je kat belakang, so aku tarik la masuk dalam boot belakang, tak pon sembunyi je bwh seat belakang. idea ni aku amalkan utk keta2 aku yang lain.Tapi apa yg aku nak bagi tau ialah, kalau masa tu dah ada seat belakang, maknanya kita kenalah bersedia bila pemakaiannya di wajibkan. Aku tarik je seat belt tu, letak balik kat tempat asal. bukan susah sangat pon. tapi aku hern jugak dgn sikap sesetengah org yang mcm tak setuju dengan seat belt belakang ni. Ni soal keselamatan la bro...dah kena esok baru la tau...penumpang termasuk driver sekali boleh tercampak keluar ikut cermin depan kalau terlibat accident. Tapi yang kelakar tu boleh dia tanya, ...kami sekeluarga 6 orang kalau dah wajib pakai tali pinggang, sorang lagi takkan nak tinggal??? lu pikir la sendiri...
No comments:
Post a Comment