السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ni dah masuk raya keempat. Abe masih kat kelate lagi. ingat hari rabu atau khamis nak balik semula N9. boring gila jugak pasal tak tahu nak buat apa. Nak keluar jalan2 ke kb pon takkan asik nak ke kb aje, lepas tu kena pikir 2-3 kali jugak takut terperangkap dalam traffik jam, tapi kereta pon dah tak banyak, bolehlah setakat nak gi jalan2. Abe raya ni tak ke mana pon, nak gi rumah kawan2 pon tak tahu dan dah lama tak jumpa. Last sekali melingkar ajelah kat rumah. malam tadi abe dpt tahu kawan2 masa sekolah dulu ada buat perjumpaan tapi abe dpt tahu last minute, itu pon ada yang msg abe dalam fb bagi tahu, tapi dah tak sempat, masa tu dah jam 10.30 mlm. kalau pegi pon mesti trap dalam trafik jam, nak cari tempat tu lagi, parking lagi...next time je la.
Sambutan raya kat kelate ni especially kat WCY ni teramtalah meriahnya. Bunyi letupan mercun tak putus2 macam tengah dilanda peperangan, agaknya mcm kat iraq kena serang dek amerika dulu la kot. Bunyi mercun jauh dekat berdentum-dentam, sakit telingan dan terkejut jugak, tapi sabar jela, namanya lagi raya. Abe tak pon beli mercun dan tak main pon cuma tumpang tengok anak2 sedara main mercun dan bunga api yang gadang2 macam pesta apa. Tapi nak jadi cerita abe terbeli jugak bunga api yang bodoh2 untuk anak2 abe. Dalam berhati2 nak mengelakkan perkara tu terjadi, tapi terjadi jugak. Dalam abe dok mengawasi anak2 abe main bungan api, anak abe yang bongsu terkena jugak bunga api si abang kat mata dia. Berderau darah abe, dah lah api, lepas tu lidi pulak. Abe tgk2 mata dia mcm bulu mata terbakar sikit dan matanya merah. Dia tak kasi tgk, langsung terus tidor. Si abang ni lepas abe marah, dia pulak yang merajuk. Esoknya mata amni ni dah nampak ok sikit. Mata dia kena api tapi tak tercucuk dengan lidi. Lega abe, risau jugak memikirkan psl kwn2 abe yg kat senaling sana sampai kena operate, tapi itu pasal kena batu masa mesin rumput. Hari ni mata dia dah ok, dah tak ada merah, luka pon dah sembuh, bulu mata yg terbakar pon dah tanggal. Abe harap dia tak apa2 dan tak ada kompication lagi lepas ni.
No comments:
Post a Comment