Monday, December 1, 2025

alam baru, alam persaraan.

 Assalamualaikum 

Dag lama sangat2 tak menulis di ruangan ini. Alhamdulillah saya dah bersara pada 1 April lepas, iaitu dah 8 bulan dah. Sekolah terakhir ialah SMK Jelai Kuala Pilah, sebelum tu saya dilanti sebagai pengetua di SMK Alam Beraja Palong 11 pada Mei 2020 (musim covid 19) dan pada Mac 2021 saya ditugaskan ke SMK Jelai, dekat sikit dari rumah, iaitu kira-kira 13km.

Sememangnya saya dah merancang untuk bersara pada umur 55 tahun (bersara pilihan) walaupun option bersara saya ialah pada umur 60 tahun (5 tahun lagi). Saya rasa cukuplah perkhidmatan 30 tahun dan saya nak gunakan masa lepas bersara ni untuk berehat dan lakukan apa yang saya suka dan nak saya lakukan. Buat masa ni saya tak ada buat kerja sampingan kerana saya nak berehat dan lakukan apa yang saya suka dan saya nak buat. Saya pun tak join mana2 persatuan atau kegiatan pasal saya nak bebas buat hal sendiri. Setakat ni saya banyak kali juga ikut wife saya outstation, seronok juga sambil jalan2.

Saturday, April 18, 2020

Post Baru, Tanggung jawab baru..

Semalam abe telah dipanggil oleh unit naik pangkat bg penyerahan watikah sebagai gpk pentadbiran di sekolah semasa bagi menggantikan cg amai yg telah dilantik menjadi pengetua di star gemas. Walau sedar berat tanggung jawab ni, abe terima (tak terima mcm mana pulakkan?). Kalau dicongak, tempoh abe menjawat jawatan gpk hem genap2 setahun (13 November 2017 - 12 November 2018) mengakhiri pelbagai spekulasi yang bertiup dengan bermacam2 versi. Sebelum ni pun abe ada usaha dan mintak bantuan kawan2 yang ada pengaruh sikit untuk abe dapat pindah ke sekolah yang dekat sikit dengan rumah di kuala pilah ni. Ramalan abe akan dapat smk juasseh, tapi meleset. Walau bagaimanapun abe tak regret sangat psl abe pun suka perpatih ni, guru-guru sedia membantu setiap masa. Lagi pun abe dah ada rumah persinggahan iaitu rumah gotng royong berhampiran sekolah.

Tuesday, December 10, 2019

Trip to NZ

Hari ni boleh dilataoan hari pertama kami di NZ pasal semalam lamded pun dah jam 12.17 pagi. Flight take off semalam jam 9..00 pagi waktu malaysia. Tempoh penerbangam lebih lurang 10 jam. Waktu sini awal 5 jam nerbanding malaysia. Setakat ni belum ke mana2 lecuali sarapan di restoran orang melayu kat soni namanya Uncle Man Coffe apa tah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...