Friday, October 26, 2012

civic, my wife & balik raya haji

hari rabu lepas sepatutnya abe dah terima civic, seharian abe tunggu call dari shazrul untuk gi ambik kereta tu, tapi dah sampai rumah pun belum dapat sebarang panggilan. dalam pukul 4 petang abe pun dapat panggilan suruh datang ambik kereta esok pagi sedangkan esok pagi tu abe dah plan nak balik kb. tapi fikir punya fikir abe setuju nak gi ambik esok pagi sebelum balik kb. biasa pun abe balik kb pun dalam pukul 10 atau 11 pagi. jadi perancangan nak balik beraya dengan kereta baru nampaknya akan terlaksana. keesokannya (semalam) abe pun siap2 loading spectra yang nak disrahkan nanti dengan bangage untuk terus balik kb. lepas sarapan, abe terus bertolak ke seremban dan sampai sana dalam jam 9.30 pagi. sementara kereta nak disiapkan, shazrul bawak kami ke jpj untuk urusan tukar halmilik spectra dan untuk pendaftaran kereta baru. abe pun malas nak rush sangat, biar selesa nak berurusan. tengah tunggu2 no dipanggil, abe gi tingkat atas tengok no plate yang dah didaftarkan dan no2 yang dah dibida. tengok punya tengok abe ternampaklah no ncs 7836 yang masih available. abe terus nak no ni tapi sharul kata tak paya ambik no tu maybe dah diambil orang. abe pun diamlah, tapi dalam hati meronta nak no tu. bila urusan pendaftaran dah selesai, abe dapat no 7804, fuh, maknanya no 7836 masih avaiable, abe perlu tempah aje. tak apalah bukan rezeki. kenapa abe beriya2 nak no 7836 tu?? no 7836 ni no first car abe sa7836u...plate sabah. dah selesai dalam pukul 1 ptg, si shazrul sedar dokumen tukarmilik tak ada, abe pun setuju utk gi semula jpj utk tanyakan dengan pegawai yg proses pendaftaran tadi. time tu dah lunch tapi abe gi jugak tanya pegawai tu, nasib baik dia ada lagi. memang dokumen tu terselit dengan borang pendartaran.. lepas hantar borang tu kat shazrul, kitorang gi lunch dulu sebelum meneruskan perjalanan ke kb. kami sampai ke kb dalam jam 1 pagi tapi wife abe pulak sakit perut sangat so abe terus ke hospital perdana. tak tahu kenapa tetiba dia sakit perut. dia terasa sakit dalam 200km sebelum sampai. makin lama makin sakit sampai menagis2. beli panadol pun tak berkesan. sampai je hospital dr terus bagi satu injek. lepas tu betul2 sampai rumah dalam jam 2 pagi. perjalanan kali ni agak teruk jugak. jem tu ada tapi disebabkan jumlah kereta banyak di jalan, pergerakan jadi perlahan terubat jugak dengan bestnya bawak kereta baru, perjalanan x rasa membosankan sangat. belum sampai tempat biasa kami singgah iaitu di bandar mustafibillah syah, minyak dah kering. stesen petronas kat situ punyalah ramai berenti nak isi minyak. abe malas nak tunggu takut minyak habis, terus abe gi masjid berehat situ jap, call shazrul, dia kata kalau minyak dah menyala dan range dah kosong maknanya ada lagi 35km boleh jalan, lega.. bawak civic baru ni cukup best, tak terasa meter dah tunjuk 110 km/h, memotong pon senang dan stabil, patutlah abe kata kat wife dorang senang2 saja bwk 120-140 km/h, inilah sebabnya agaknya...

Wednesday, October 24, 2012

Mohon NPQEL

Dalam seminggu ni abe tgh menguruskan permohonan untuk ikuti kursus npqel di iab. Entah kenapa pulak terlintas dihati nak ikuti kursus ni. Dulu abe tak minat langsung nak ikuti kursus ni. Dah boring belajar. Lagi pun dengar iab pun rasa tak sangup nak panjat sana. Masa tu abe ingat kursusnya makan masa 2 tahun, utambahan fikirkan anak-anak yang nak kena tinggal, tak sanggup rasanya. Tapi bila iklan keluar 2 minggu lepas terdetik pulak abe nak mohon. Abe bagi tau wife, dia x banyak cakap terus bagi sokongan. Anak-anak camana? Dia kata dia akan uruskan. Sebenarnya wife abe pun banyak kali suruh abe further study ambik phd, tapi abe rasa abe tak mampu. So bila cakap aje abe nak mohon kursus ni, dia terus bagi lampu hijau. Abe nampak perjalanan kursus ni pun x lah perlukan abe tinggalkan anak isteri dalam tempoh yang lama. Abe mohon kursus ni bukan abe nak jadi pengetua, tapi abe rasa dah boring asyik lakukan ruitin harian yang sama. Dalam masa yang sama abe dapat ilmu dan pengalaman baru di samping ada nilai tambah. Abe pun dah isi borang online, dah prin borang dan dah sediakan semua dokumen yang perlu. Abe harap permohonan abe berjaya dan kalau boleh dapat mula belajar menjelang tahun depan. Insyaallah...

Tuesday, October 16, 2012

Final stage..

Rasanya abe dah masuk stage terakhir dah sebelum honda civic bertukar tangan. Wife abe pun dah bayar semua deposit 10% tu petang tadi, kereta dijangka sampai pada 23/10 ni dan nampak gayanya dapatlah pakai untuk raya haji ni kalau nasib baik. Petang semalam abe dpt sms dari shazrul honda tu. Dia kata full settlement untuk spectra abe ialah dalam RM123++. Abe rasa terkejut jugak, tak sangka masih banyak baki belum berbayar, Agak abe mungkin paling tidak pun dalam RM10,000. rasa frust pun ada. Maknanya abe kena tambah lagi dalam RM2000 fasal hari ahad lepas cina usecar tu sanggup ambik spectra abe tu dengan harga RM10k, walaupun sebelum ni dia kata nak ambik dalam RM12k. Dia kata pasal pembentangan budget tu hari. Abe pu tambah la rasa serba salah, tapi bila fikir dalam-dalam, makin abe simpan spectra ni, makin membebankan. Cina tu pun dah bagi surat tukar hak milik. Tapi esok abe nak cuba tanya ah meng berapa dia sanggup ambik spectra abe ni. tak semua usecar sanggup ambik spectra ni dah. betullah, inilah risiko kalau kita beli kereta. Dia akan susut nilai, tambah pulak kereta korea ni. bayangkan kereta mcm tu RM10k je laku...

Sampai sekarang dah 5 buah dah kereta abe pakai. Honda ni yang keenam. Banyak jugak pengajaran yang abe dapat sepanjang-panjang memiliki 5 buah kereta tu.

Wednesday, October 10, 2012

Dilema 5 Farabi

hari ni tingkatan 5 farabi yang datang cuma seorang iaitu faiz. nampaknya dia ditumpangkan dalam kelas 5 biruni. masalah kehadiran pelajar 5 farabi ni agak kronik jugak. kebiasaannya yang datang cuma 2 hingga 3 orang. Kelas ni jumlah muridnya seramai  8 orang , iaitu faiz, syarif, syawal, hazidi, amran, syahazwan, syazwan dan syakim. dalam senarai tu syakim dah lama tak datang dan boleh dikatakan dah tak sekolah, hazidi dan syawal asyik ponteng, syazwan pun asyik ponteng tapi sekarang terlantar di rumah kaki patah kerana accident motor, amran pulak langsung tak tahu membaca pun amat jarang datang sekolah, cuma yang agak rajin datang sekolah ialah syarif, itu pun kadang datang kadang tak. faizlah yang rajin datang sekolah tiap2 hari. Kesia jugak dia seorang saja dalam kelas. kadang-kadang P&P tak dapat nak jalankan pasal seorang saja. selalu cikgu-cikgu bawak dia masuk library. kadang-kadang sebelah pagi ada, lepas rehat dah hilang. sebelum rehat tak ada, lepas rehat dah ada pulak. SPM pun tak lama lagi dah, kurang dari sebulan lagi. itu yang merisaukan kami cikgu2. bukan tak ada usaha suruh mereka datang sekolah. sampai buat lawatan ke rumah, tapi tetap macam tu. harap2 apa yang diajarkan sebelum ni melekat dalam kepala biarpun lama tak datang sekolah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...