Tuesday, August 14, 2012

Ni pasal handphone lagi...

Ni pasal handphone lagi, budak-budak punya kerja jugak. Semalam abe tergamam lagi pasal kehilangan handphone. Bukan pelajar punya dan bukan cikgu punya tetapi pekerja yang sedang renovate surau sekolah. Pekerja ni dah letakkan handphone dia di satu tempat berhampiran surau sedang dia buat kerja2 renovation tu. Pada masa tu pulak tiba masa pelajar-pelajar ke surau untuk solat zuhur berjemaah. Dalam sibuk2 pelajar ambik wudhuk barulah si pekerja ni tadi teingat akan handphone dia, berkejarlah dia ke sana tapi malangnya handphone dah hilang. Satu kelebihan pelajar2 ni ialah kelicikan dan tak akan mengaku. Walau dah disoal siasat, hanphone gagal dijumpai. Inilah pelajar kita sekarang, niat ke surau nak solat sepatutnya nak dapat pahala, tapi lain pulak yang dapat...

Saturday, August 11, 2012

Periuk besar...

Pagi sabtu, cuti... nak tido pun tak lelap, nak bersihkan laman takut tak larat pulak... hehehe. Tinggal seminggu lagi kita berpuasa, minggu depan dah raya. Baju yang ditempah dah siap, tapi belum ambik. Shopping raya abe dan wife rancang hari ahad ni lepas balik bukak puasa rumah abg ipar di KL. Alhamdulillah tahun ni abe dapat rezeeki lebih sikit. hari tu dah dapat naik gred ke dg48. Dua tiga hari lepas abe dapat salinan Q8 dari dg44 ke dg48, berlaku kenaikan banyak juga dari gaji sebelum ni, adalah dalam 52++ lebih sikit, nanti campur dengan elaun semua, abe dapatlah dalam 6+++ sikit. Aduh, bila tengok figure ni abe naik takut pulak, suka tu dah tentulah, sapa yang tak nak ye tak?? Dulu tgk orang gaji 5-6k rasa banyaknya, habis ke? Macam tak percaya abe dah sampai tahap tu. Tapi alhamdulillah. Selama ni takat cukup2 aje, tapi lepas ni, insyaalllah abe akan mula menabung yang abe tak dapat nak buat sebelum ni pasal tak ada apa yang nak ditabung. Rasanya nak tambah harta dah cukuplah apa yang ada sekarang ni, lagi pun nak bawak ke mana ye tak?? Tahun ni juga ada beberapa loan abe akan tamat. personal loan BSN, loan komputer dan loan kereta pun habis tahun ni. Tu ada dalam 1700 jugak tu. Tapi tahun depan kena sedia untuk potongan rumah yang abe baru beli tu dalam 16++ sebulan. Boleh cover tu. lepas ni bolehlah abe belikan sesuatu untuk wife yang selama ni abe tak dapat belikan kerana kes cukup-cukup makan ni....

Wednesday, August 8, 2012

Kesian dia

Hari ni dah hari yang ke 19 kita berpuasa. Ada satu kisah yang agak menarik juga yang berlaku pada bulan ramadan ni, kalau tak silap abe kejadian ni berlaku pada hari keenam berpuasa. Bulan puasa ni baby ada kelas kap(kelas agama petang) sampai pukul 4, biasa sampai pukul lima. Biasa pak andak dia yang ambik. Hari tu abe balik sekolah macam biasa, sampai rumah dalam jam 4 petang. Macam biasa sebelum solat zuhur, abe baring2 dulu sambil tengok2 tv. Agak abe baby dah ada kat rumah wan dia. Kemudian masa solat zuhur lebih kurang jam 4.30 petang, dalam fikiran dok melayang ingat nak gi bazar ramadan, terdetik di hati abe sama ada baby dah betul2 balik atau masih di sekolah. Berderau darah abe. Abe pun solat cepat-epat (hehehe) dan terus start kereta untuk nak gi tgk dia di sekolah. Mana tau kan dalam pada nak gi bazar ramadan tu. Sampai aje di sekolah, dari jauh abe dah nampak dia di bus stop depan sekolah. Di bus stop tu ada beberapa orang lagi budak lain, tapi semuanya lelaki kecuali baby sorang je. Bila dia nampak aje abe, abe tengok matanya dah merah dan berair. Masuk je kereta dia terus menangis. Punyalah abe... x tau nak cakap mcm mana perasaan abe masa tu. Bayangkan dari pukul 4, pukul 4.45 baru org datang jemput. Lagi pulak abe boleh berilek2 kat rumah dalam tempoh tu sedangkan baby ni jenuh dok menunggu orang datang jemput dia... fuh.

Thursday, August 2, 2012

Ragam pelajar dengan handphone.

tentu kita dah tahu bahawa mulai tahun depan pelajar2 sekolah akan dibenarkan membawa handphone dan benda2 yang sewaktu dengannya. bagi abe benda ni ada baik dan buruknya. bagi pelajar tentu mereka bersorak sakan manakala bagi cikgu2 pula ramai yang mengeluh. Bagi pelajar ada yang dah tak sabar2 lagi nak bersekolah pada tahun depan manakala cikgu2 pulak tengah pening kepala merancang strategi macam mana nak menangani apa yang mereka anggap masalah ni.

Walau bagaimanapun itu cerita tahun depan, tak dilaksanakan pun lagi. tapi pada masa sekarang, pelajar masih lagi dilarang bawa handphone. jadi macam-macam cara pelajar lakukan supaya para guru tak dapat kesan seterusnya tak merampas hp yang mereka bawa tu. Di sekolah abe, pelajar perempuan mempunyai cara yang unik untuk membawa hp tanpa dikesan guru. Salah satunya ialah dengan meletakkan hp dalam bra. Hp ni dipasang string dan dipakaikan di leher dan di sambung dengan ear piece. Memang sekali pandang tak nampak kerana semua pelajar perempuan bertudung. Mulanya cikgu2 tak dapat kesan dan naik hairan mana pelajar simpan hp ni tapi ada yang nampak mereka pegang hp selepas waktu sekolah. Trick ni pelajar juga yang pecahkan rahsia. apabila diraba, barulah dapat tangkap.

Tapi kejadian pagi tadi memang kita tak duga pelajar perempuan sorok kat mana dia punya handphone. Sorang pelajar perempuan ni disyaki membawa handphone tapi tak dapat dikesan walaupun dah diraba. Maklumat yang diperolehi daripada pelajar lain ialah dia meyorokkan handphone dengan meletakkan dicelah kelangkang dalam seluar dalam. kedudukannya betul2 macam pakai pad. Cikgu yang bertugas minta pelajar tu serahkan hp tu dengan cara yang baik, tapi mati2 pelajar ni tak mengaku dia bawa hp dan mencabar cikgu supaya memeriksa badannya. Dia ingatkan cikgu tak sampai nak periksa ke situ. Tetapi ada sorang cikgu yang sanggup. Bila sentuh sahaja bahagian buntutnya, terasa benda keras. pelajar ni terus mengaku. Apalagi ckigu2 tadi terus mengamuk suruh keluarkan hp tu kat situ juga. Pelajar ni minta keluarkan di bilik air, tapi mereka tak benakan kerana tadi dah bagi peluang. Nak tak nak, pelajar ni keluarkan juga hp tu kat dalam bilik guru. Tapi cikgu2 tak sentuh hp dia, terus masuk dalam plastik dan serahkan kepada HEM.... hehehhe,...

Tu dia bahana handphone. benda kecil tapi boleh bawa musibah besar kalau tak dihandle dengan bijaksana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...