Tuesday, July 31, 2012

Masuk Paper

Dalam tempoh seminggu ni 3 kali muka abe masuk paper, agaknya dah glamour sangatlah tu macam artis pulak. Erra Fazira pun tak macam ni sampai tiga kali dalam tempoh masa seminggu.. check it out...hehehehe...



Sinar Harian 24 Julai 2012


Berita Harian 27 Julai 2012


Berita Harian 30 Julai 2012

Friday, July 27, 2012

Seminggu Ramadhan

Pejam celik, pejam celik dah pun genap seminggu kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu wp pada siang hari macam lambat sangat nak masuk waktu maghrib... hehehehe. Pada abe, abe sambut bulan puasa dengan seadanya, bagi abe bulan puasa ni dugaan sangat berat sangat. Berpuasa sepanjang hari abe boleh bertahan lagi, tapi masuk bab bersahur yang abe tak tahan, nak bangun tak kisah sangat, tapi masa nak makan sahur bercinta sangat, tak berselera langsung. tapi dek ingatkan puasa, abe telan jugak. Kalau ikutkan abe tak nak sahur tapi kalau tak sahur alamatnya siang hari melepek la jawabnya. Waktu sahur abe tak makan sangat, cuma nasi separuh senduk dengan telur goreng kicap, air milo yg wife abe bancuh dan segelas air kosong. Abe akui dugaan bulan puasa ni besar, rasa malas sangat nak pegi sekolah, tapi gagahkan jugak dan alhamdulillah dapat tempuhi sehingga akhir hari.

Bulan puasa ni biasalah masyarakat kita berpesta dengan kuih muih dan lauk pauk. kami pun tak ketinggalan. Walaupun wife abe balik jam 6 petang, tapi sikit sebanyak ada juga juadah. kami tak beriya2 sangat dengan lauk pauk dan kuih muih. Abe terutamanya malas sangat nak ke pasar ramadhan beli itu, beli ini. Kalau pegi pun abe beli kuih dan air minum saja. pengalaman lepas berbelanja di pasar ramadan buat abe sikit serik, harga bukan main mahal, bila tiba time buka, juadah yang dibeli taklah sesedap mana. Baik abe hadap aje apa yang wife abe siapkan. Abe tukang buat air... hehehe.

Bulan puasa ni abe sebenarnya teringat juadah kuih muih dan lauk pauk dari kelate. Ayam percik, ikan percik, kuih lompat tikam, laksa an sebagainya memang selalu ada dalam kepala. Abe ni bukanlah peminat extrem kuih muih dan lauk-pauk kelate, tapi dah dekat 5 bulan rasanya tak balik kelate, rindulah gamaknya. Masa belum puasa itu hari, abe nak sangat makan pulut durian. Kat negeri sembilan ni mana nak dapatkan pulut durian tu. So, abe gi beli beras pulut sekilo dan santan. Balik rumah, abe tanak sendiri beras pulut tu dan kebetulan ada sebiji durian, puas hati walaupun rasanya tak la sedap sangat. Masa kat sabah dulu pun abe buat sendiri laksam, beli tepung beras dan beli ikan kembung, buat sendiri kuahnya. Puas hati.

Yang jadi kerisauan abe sekarang ni ialah nak balik raya. Memang abe dah rancang nak balik raya tahun  ni, tapi cuti mula sabtu, sedangkan raya jangka jatuh hari ahad. Kalau balik sabtu tu sah lah kena bergelut dengan kesesakan jalan raya pasal semua nak balik hari tu. Takkan nak balik raya kedua, sedangkan abe dah lama tak balik.... tengoklah keadaan nanti.

Satu lagi yang menimbulkan keresahan pada bulan puasa ni ialah rumput di halaman rumah abe tu dah semakin panjang. Masa belum puasa itu hari, abe asyik kosentrate kawasan luar pagar rumah sampai ke jalan kampung dan tak kisahkan rumput di halaman pasal masa tu belum panjang sangat. Sekrang ni dah masuk bulan puasa, rumput2 tu macam di siram-siram tambah-tambah hujan dah turun semenjak dua menjak ni. Tak terdaya nak angkat mesin rumput bulan2 puasa ni..

Sunday, July 15, 2012

wakaf che yeh dulu-dulu...

Abe raa terpanggil untuk menulis pasal kebakaran deretan rumah kedai di pekan wakaf che yeh yang berlaku pada 1 Mac lalu. Biarpun dah lama, tapi abe rasa abe perlu catatkan sesuatu tentang rumah kedai tersebut. Rumah kedai tersebut bukanlah yang asal, Rumah kedai yang asal telah di robohkan untuk membina rumah kedai yang ada sekarang, yang dah terbakar ni. Rumah kedai yang baru ni di bina ketika pasar wcy yang asal yang ada kat situ di robohkan dan dipindahkan ke tapak pasar borong sekarang. Rumah kedai ni di bina baru pun kerana proses pembesaran jalan kuala krai di situ. Rumah kedai asal yang abe cakap tadi maknanya rumah kedai yang dah ada sejak abe kecil lagi. Kalau ada bangunan rumah kedai yang lagi awal daripada tu, abe tak tahu la...


Seingat abe, rumah-rumah kedai di situ sebagahagian besar perniagaannya dijalankan oleh orang melayu dan ada 2-3 buah kedai yang diusahakan oleh orang cina. Kedai runcit ada 2 buah, kalau tak silap abe kedai yop, dan kedai mak su jarah dan kedai mak su minah, kemudian ada 2-3 buah kedai makan kalau tak silap abe, kedai pak yeh, kedai pak su ghani. Ada dua buah kedai gunting rambut. Kedai baiki motor dan dan kedai baiki basikal dimiliki oleh org cina. Ada kedai tayar juga dimiliki oleh org cina. Kedai tayar nilah yang punca berlakunya kebakaran hari tu. Kemudian ada kedai saloon rambut. Ada kedai hardware biasa yang dimiliki oleh pak su taib. Ada juga kedai jual daging yang dimiliki oleh pak su ya. Pagi2 kedai ni akan rebus tulang-tulang lembu dan abe ingat lagi lemak2 dari rebusan tu cukup banyak.


Dulu jalan kuala krai- kota bharu tak lah macam sekarang, cuma ada dua lane saja, tetapi sekarang ada emapt lane dan ada divider lagi. Nak lintas jalan ke sebelah sana pun senang, kenderaan masih tak banyak. Sekrang nak lintas jalan macam menyabung nyawa, kenderaan banyak dan laju-laju. Dulu kalau dari rumah abe nak ke kota bharu terus sahaja belok ke kanan, tetapi sekarang kena pusing U di cabang empat pasir hor sejauh 1km pergi balik. Kadang-kadang abe cilok juga masuk ke lane kanan kalau nasib baik masa kereta tak banyak. Satu saja yang kurangnya pekan wakaf che yeh ni ialah tak ada perhentian bas, kena berdiri sampai bas tiba. Bas tak ada masalah, ada 3 laluan bas, iaitu bas no 44 bas kem desa pahlawan, bas bandar dan bas pasir mas salor. Pondok telefon ada satu, tapi faham-faham sajalah perkhidmatan telefon tahun 70an. Kalau bercakap melalui telefon kat pondok telefon tu macam bercakap dengan planet marikh, tak jelas dan bising.


Pada masa sekarang wakaf che yah dah berkembang pesat. Rumah kedai dah tak terkira banyaknya sejak kewujudan pasar borong. Deretan rumah-rumah kedai selepas stesen minyak caltex sekarang ini merupakan tanah sawah padi dan bekas tapak kilang kayu yang kami panggil syarikat a. rahman. Di kilang kayu inilah sekali-sekala kami budak2 kampung buat rombongan ke kilang kayu ni untuk ambik kayu-kayu yang tak dikehendaki oleh pihak kilang. Perbuatan kami tak pernah dihalang dan tak pernah dimarahi oleh pekerja di situ atau pihak tuan punya kilang. Kadang-kadang kayu-kayu yang kami bawah balik bila dicantum boleh hasilkan perabut pulak. Di sebelah kilang kayu ni ada tempat memproses kayu balak. Abe sering jugak bersama dengan mak abe gi ceroboh kilang proses balak ni utnuk ambil kulit kayu balak. Mak abe gunakan kulit kayu balak ni sebagai kayu api untuk masak kuih apam yang mak abe jual di pasar wcy yg lama tu.


Sekarang ni di wakaf che yeh maacam- macam ada bak kata orang astro. Restoran mc donald, kilang pemasangan perodua, hotel 9 tingkat dan di pasir hor sebelah kiri lebuh raya ke pasir mas yang baru di bina, khabarnya akan didirikan pasaraya giant, tapi sampai sekarang abe tak nampak lagi, tapi yang abe nampak kat situ didirikan macam kompleks kerajaan. Taman-taman perumahan dan ada iaitu taman perdana kalau tak silap, iaitu bekas tapak kilang getah yang kami panggil baustead. Pemancar rtm pun dah berubah wajah, kalau dulu kecil sekarang dah besar macam pemancar celcom, tapi tinggi amat. Berbalik kepada kisah rumah kedai yang terbakar tu. Macam yang abe kata tadi, kebakaran tu berpunca dari kedai tayar cina. Dengar cerita, puncanya litar pintas. Faham-fahamlah kedai cina wayar berselirat, pulak tu banyak barang mudah terbakar. Ada kawan abe tinggal di salah satu rumah kedai tu, barang-barang dia tak sempat diselamatkan, cumanya mesin basuh saja. Dan yang latest abe balik bulan 2 lalu, kawasan tu dah dipagar, mungkin untuk membina rumah kedai yang baru....








rumah kawan abe..

kawan abe yang bersemutar tu

Saturday, July 14, 2012

cikgu menganiaya budak...

alhamdulillah, penantian lebih kurang 3 minggu dah berakhir. Akhirnya pasukan nazir yang yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai juga ke sekolah abe. Mereka datang utk observe sekolah abg yang dicalonkan sebagai sekolah kluater kecemerlangan. Dan perkara yang cuba abe elak akhirnya terjadi juga. Abe kena observe P&P oleh salah seorang nazir tu. Pada awalnya abe dapat tahu mereka dijadualkan datang pada hari khamis, abe rasa lega jugak pasal hari khamis abe hanya ada 2 period aje, itu pun masa hujung. Tapi pada pagi selasa lepas dengan tak semena-mena mereka muncul di sekolah lebih kurang jam 8 pagi. Hari rabu, jadual p&p abe boleh dikatakan penuh, berselanga satu masa sahaja. Abe ada 6 period pada hari rabu. Yalah, abe pun tak buat persediaan sangat, pasal dah letih menunggu sejak 3 minggu lepas. Abe buat apa yang terdaya. Salah satu subjek pada hari tu ialah subjek sejarah form 3. Abe agak, mau tak mau abe pasti kena observe jugak pasal abe dengar sekolah2 lain subjek ni kena observe pasal salah seorang nazir ni option subjek ni. Perkara yang abe sangkakan dan risaukan menjadi kenyataan. Sebaik saja abe masuk kelas dan lepas minta pelajar sediakan meja dan kerusi di belakang, si nazir tiba-tiba sahaja muncul di pintu belakang. Abe terkejut juga tapi cool ajelah pasal dah mcm bersedia sikit. So abe teruskan p&p mcm biasa. Abe buat penerangan sikit, suruh pelajar cari maklumat dlm buku teks, tanya pelajar, jelaskan sikit dan akhirnya abe bagi lembaran kerja kepada pelajar. Bila dah selesai nazir ni, namanya En. Mazlan ajak abang ke kelas sebelah yang kebetulan kosong untuk berbincang. Biasalah lepas observe akan ada perbincangan. Perkara pertama dia tanya abe ialah, "cikgu sakit ke?". Abe kata tak. Dia kata dia nampak abe mcm org sakit. adooii... agaknya muka abe pucat kot? hehehe. Kemudian banyaklah perkara yang dia tegur abe, kekurangan dan kelemahan abe dalam p&p tadi. Perkara yang paling abe ingat yang dia kata kat abe ialah, "cikgu menganiaya budak dengan cara pengajaran cikgu tadi", "budak-budak tu terima apa sahaja yang cikgu bagi, kalau cigu bagi sampah, mereka pun akan dapat sampah", "cikgu tak bminat dengan sejarah dan cikgu kurang pengetahuan tantang sejarah", "80 minit pengajaran cikgu budak-budak tu tak dapat apa pun" dan banyak lagilah yang membuatkan abe terkedu dan terduduk (memang dah duduk pun). Lama jugak dia belasah abe ada dalam setengah jam. Abe rasa benar- benar down dan rasa mcm x nak jadi cikgu lagi. Tapi bila dah lama dan dah cool, abe terfikir balik, abe bukanlah pakar sejarah, dan abe dah buat apa yang terbaik yang boleh abe lakukan. Abe bukan super teacher tahu segala-galanya, abe dah buat apa yang termampu. Abe ajar ikut kemampuan budak. Rasanya tak perlu terangakan satu perkara secara detail, mereka cuma student form 3, kalau pun mereka nak tahu lebih merekalah yang patut explore dan cari maklumat tentang sesuatu yang mereka nak tahu tu sendiri. Jangan aharapkan semua cikgu nak bagi, semua nak disuap oleh guru. Walau bagaimanapun abe anbik positif teguran, cadangan dan tunjuk ajar En. Mazlan ni untuk membaiki kelemahan abe dan seterusnya meningkatkan mutu p&p abe. Semua warga sekolah rasa lega pasal dah lepas diobserve oleh nazir, abe pun lega, tapi dalam lega, abe sedikit tergugat dengan teguran nazir tu. Keyakinan sedikit tergugat dam membuat abe terfikir balik kesesuaian abe dengan kerjaya guru. Sebab tu abe kata kat pengetua abe, abe tak nak memgajar lagi, abe nak jadi pembantu makmal aje..... :-((

Saturday, July 7, 2012

Daah beli dah...

Dalam 2 minggu lepas, ada orang datang jual komputer tablet myIman di sekolah abe. Abe interseted jugak, pasal abe mmg berhajat nak beli satu sebagai ppe (pembantu peribadi elektronik). Harganya rm600. Tapi abe tak beli pasal abr berhajat nak beli tablet yang dah lama abe nak iaitu jenama i-mobile. Ada 2-3 orang cikgu yg beli tablet myIman ni. Dan kebetulan pulak hujung minggu tu abe bukak facebook ada offer dari i-mobile untuk tablet i-note, harganya rm 559. Apalagi esoknya abe gi seremban dan terus sambar satu. Masa nak test tak dapat pasal plug dia dua pin yg kecik tu. Terus abe bawak balik. Dah caj, tak boleh on jugak. Esok lantas abe terus gi tukar lepas hantar nurin. dapat set baru dan abe amat puas hati. Masalahnya sekarang, tablet ni tak ada casing. susah jugak abe nak pegang dan nak bawak ke hulu ke hilir. satu lagi screen protector yang abe pasang sendiri tu tak cantik, gelembung sana sini. Hari ni abe ingat nak gi Terminal One nak cari casing, pasal masa beli hari tu, salesman kata casing i-note ada jual di situ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...