Sunday, March 11, 2012

Cerita MC 5 hari...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

wah, lamanya dapat cuti dari doktor! lain macam je??  memang abe dapat cuti 5 hari minggu lepas (1-5 Mac 2012) psl penyakit lama abe datang lagi. malam rabu 29/2, bae dah terasa sengal2 pada bahagian belakang abe, iaitu lokasi buang pinggang dan yang seangkatan dengannya. Jadi abe ambil keputusan nak cuti keesokannya untuk gi jumpa Dr Yoong kat KPJ Seremban. Abe sampai KPJ awal juga, lebih kurang pukul 10 pagi, nak parking bukan main payang, so abe parking kat luar hospital. Kat klinik Dr yoong dah ada 3 orang pesakit. Be dapat jumpa Dr Yoong 3 jam kemudian. Dr Yoong ni memang lama kalau jumpa patient dia. Abe jumpa dr Yoong pun tak lama dalam 5-10 minit je. Dr cuma bagi ubat dan suruh datang balik 2 minggu lagi. Abe pun baliklah rumah lepas selesaikan 2-3 perkara kat Seremban.

Malamnya, lepas makan malam, sakit abe mula datang, mula-mula sedikit, lama-kelamaan makin sakit, sampai abe berpeluh2 menahan sakit. Ubat tahan sakit dah telan 2-3 biji tapi sakit tak hilang, sampai satu ketika abe muntah, semua yang makan tadi semua keluar. Akhir sekali wife abe ajak gi KPJ. Abe pun rasa segan jugak nak ajak dia pasal dia tengah bergelut nak siapkan buku, due nya tgh malam tu. Abe menahan sakit bagai nak gila sepanjang perjalanan dari rumah ke KPJ. Sampai di KPJ, abe disuntik ubat tahan sakit, dr nak masukkan wad tapi wad penuh. Nak tak nak abe terpaksalah balik, lagi pun sakit dah hilang. dalam perjalanan balik, sakit mula terasa semula dan abe suruh wife abe singgah di hospital kuala pilah. kat sini abe rasa sakit sangat sampai kena cucuk 3-4 kali, sampai muntah-muntah. Doktor tanya sama ada nak masuk wad pasal doktor pakar akan ada jam 8 pagi, sedangkan masa tu baru jam 4 pagi. Abe pon fikir, baik balik dulu, esok pagi datang semula untuk pemeriksaan doktor pakar. Esoknya pagi2 abe dah pergi hospital, jumpa doktor pakar. Dia tanya macam2 dan periksa macam2...hehehehe. Kemudian buat appointment x-ray pada 20/4... lama lagi tu... masa ni abe tak rasa sakit, so doktor tak bagi apa2 ubat dan bagi cuti sehari sahaja. Kemuadian abe balik rumah dan makan ubat yang Dr Yoong bagi.

Pagi Sabtu, abe ingat nak gi sekolah, tapi rasa sakit datang semula, macam yang malam tu. So wife abe drive ke KPJ dan terus masuk wad, jumpa Dr Yoong, masuk x-ray dan citiscan. Pada x-ray tu tak nampak batu tapi pada citiscan tu ada nampak batu, satu di kiri dan 2 kanan. Doktor suruh tinggal wad, masuk air dan makan ubat. Sampai hari ahad, abe rasa batu dah turun ke pundi pasal rasa susah nak kencing tapi tak ada sakit. hari ahad doktor bagi pilihan sama ada nak kasi keluar batu tu ke atau terus makan ubat. Abe pun pilih makan ubat dulu pasal batu pun dah turun. Dalam pada tu kencing abe ditadah untuk pastikan batu keluar, tapi sampai hari isnin belum ada batu yang keluar.

hari ahad doktor suruh tinggal lagi di wad sampai esok untuk tunggu batu keluar, tapi tetap tak keluar. Abe pun mula bosan dah dok di wad, psl katil sebelah dah ada patient masuk. Doktor tanya sama ada hari selasa nak cuti ke tak, abe tak nak pasal abe nak ke sekolah, banyak kerja nak buat....hehehe...tapi doktor bagi MC juga untuk hari selasa kalau terjadi apa2.

hari isnin tengah hari abe pun keluar wad tapi abe tak boleh balik pasal wife abe punch pukul 5 ptg. So abe n wife gi tgk wayang sementara nak menunggu jam 5.

Keesokannya, alhamdulillah, semasa abe kencing dengan tak semena-mena, keluarlah sebutir batu sebesar biji beras. Maknanya ada lagi 2 butir, tapi doktor kata yang kat sebelah kanan boleh keluar dengan makan ubat kot...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...