Thursday, December 29, 2011

Hari Keempat di Sabah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe sambung semula catatan hari keempat di sabah iaitu hari terakhir kami sebelum berangkat balik semula ke Semenenjung. Selepas sarapan, kitorang gi ronda2 ke arah Likas, iaitu ke bangunan yayasan sabah, kemudian ke UMS seronok dapat masuk ke museum dan aquarium di situ. kemudian kami ke One Borneo. lepas tu kami balik hotel, berkemas kemudian terus check-out dan terus ke air port. Kereta yang abe sewa, abe tinggalkan di airport sebagaimana diminta oleh tuannya. kami berlepas jam 4 ptg dan sampai KL jam6.30 ptg. Khlalil jemput dan lepas makan kami terus balik ke rumah.
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Saturday, December 24, 2011

Hari Ketiga di Sabah.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Agaknya jeran dgn peristiwa semalam, hari ketiga kami di sini kami cuma keluar ronda2 di sekitar KK sahaja. Selepas sarapan, kami ke Pasar Filipina, cari barang-barang buah tangan untuk di bawa balik. Abe temankan saja wife abe tgk2 mutiara dan beli makanan laut kering. Panasnya bukan main, sapu tanga abe sampai boleh diperah2. Dalam pada dok tunggu wife abe shopping, abe didatangi beberapa org lelaki yang jual hanphone, mcm2 jenis ada dan sudah tentulah barang tiruan. iPhone 4S pon ada, bila abe tanya harganya Rm600. Saja tanya, agaknya kalau Rm200 ke mau jugak abe ambik. Lepas pasar filipin abe drive masuk Centre Point untuk lunch, ramai betul umat di sini, nak sampai ke sini punyalah jem, mengalahkan KL. Lepas tu kami balik hotel, pasal masing2 dah letih. Petangnya kami tak kemana2 cuma abe dan wife keluar kejap ke Water Front depan hotel, ambik2 gambar.

Sebelah malam, kosmate abe datang jemput abe minum2 dekat satu tempat yang saya sendiripun tak tahu nama tempatnya. banyak juga perkara kami borakkan, tapi taklah lama sangat pasal jam walaupun baru pukul 9 mlm, tapi suasananya sudah 10 malam. Sepatutnya abe jumpa Zaidi malam sebelumnya, tapi dek kerana stranded dekat jalan Ranau Tamparuli semalam, terpaksa tunda. Alhamdulillah, dapat jumpa jugak..

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Thursday, December 22, 2011

Sabah 2011. 2nd Day.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selesai sarapan hari kedua di sini, kani bertolak ke arah Kota Belud dengan tujuan untuk berkunjung ke rumah kak kasma yang menjaga nurin dulu, kemudian kami nak singgah sekejap di SMK Narinang tempat abe first mengajar dulu, lepas tu kalau boleh nak ke Simpang Mengayau (Tip of Borneo) di Kudat dan selepas itu kami nak gi ke Ranau. Macam yang abe katakan sebelum ni, jalan di sini dah banyak berubah, jadi susah jugak abe nak cari jalan ke Kota belud, papan tanda yang tertulis Kota Belud, langsung tak kelihatan. Abe redah jugaklah dan ikut papan tanda yang menunjukkan ke arah itu. Akhirnya abe sampai jugak ke KB, tapi dalam 500m sebelum masuk ke KB, traffik dah stuck kerana telalu banyak kereta. Bandar cowboy ni dah banyak berubah, abe pusing2 sekejap nak tgk sekitar bandar, then abe gi pulak Hospital KB nak tengok tempat Nurin dilahirkan. Kemudian abe gi ke rumah sewa abe dulu di Kampung Pirasan dan akhirnya abe ke rumah Kak Kasma. Alhamdulillah, mereka masih ingat kami, cumanya Kak Kasma dan Kent saja yang ada di rumah, tapi masa kami menjamu makan tengahari di pekan, Pendi pulak datang dari KK katanya. Memang tak sangka dapat jumpa mereka semua.

Memandangkan hari dah masuk petang, kanselkan untuk ke Kudat, sebaliknya nak gi Ranau sahaja, kerana Kak kasma bagitahu yang jalan ke Ranau dari SMKN sudah diturap. Selepas makan kami terus ke Narinang. Di sini kami tinjau2 sekolah sekejap dan dapat juga jumpa seorang kawan lama. Niat abe nak gi rumah cikgu japit tak ke sampaian kerana hari pun dah sangat petang dan tak dapat jumpa rumahnya. Kami terus ke Ranau dan sampai di sana haripun sudah petang sangat, kira-kira sudah jam 5.00 ptg. Selepas solat, kami terus bertolak pulang ikut jalan Tamparuli. Beberapa kilometer lagi sebelum sampai Tamparuli, trafik dah stop, jalan dah jem pasal ada  kemalangan bas terbabas langgar pokok. Dekat 2 jam juga kami stranded di situ. Trafik bergerak bila bas tu dialih dari situ. Sampai hotel dah jam 9 malam, kami semua kepenatan dan makan saja apa yang ada kerana kebanyakan kedai sudah ditutup, nak cari restoran kami tak tahu dan tak terdaya lagi. janji nak jumpa Zaidi jam 8 malam terpaksa ditangguh malam esoknya.

Peristiwa hari  ni mengajar kami agar buar perancangan kalau nak ke sesuatu tempat kerana banyak masa terbuang dalam perjalanan begitu saja.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Tuesday, December 20, 2011

Sabah: Selepas 12 tahun.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
alhamdulillah, jam 1.30 petang semalam, abe selamat sampai di bumi Sabah. Perkara pertama yang abe nampak perubahan ialah airportnya yang sangat berbeza dengan yang dulu, ada kelas. Selepas abe ambik teksi dan dibawa ke hotel, sepanjang2 perjalanan mmg sangat asing bagi abe, kerana sangat berlaianan drp dulu, jalan ke airport dah ada 6 lane, sekelilingnya langsung abe tak cam. Lepas sampai hotel, kami rehat sekejap sebelum keluar ronda2 sekitar KK dengan kereta yang kami sewa. Abe drive je tapi tak tahu ke mana hala. Ada singgah kat satu shopping kompleks, rasa2nya di luar bandar KK. Kat situ abe jumpa kawan masa kat Narinag dulu, iaitu Cikgu Nordin Insun, berborak kejap tapi ruginya tak sempat nak bergambar. Masa balik ke hotel hari dah malam, jem teruk boleh dikatakan semua jalan dalam bandar KK ni. Ingat nak park je kereta kat hotel dan keluar ronda2 jalan kaki, tapi wife pun dah penat, dia pun nak mark paper lagi, so kami stay je kat hotel wp hari masih awal.

Masa kat KLIA, kami nyaris tak dapat departure pasal dokumen tak bawak adib dan nafisah . Wife abe panjang je akal dia terus call ofis mintak fakskan dokumen2 tu yang dia telah submit kat opis. Dapatlah jugak kami terbang semalam, kalau tak kenalah delay...huhu..

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Saturday, December 17, 2011

@Hotel Equatorial bangi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, hari Khamis lepas abe dan wife dah selesai shopping pakaian dan kelengkapan persekolahan anak-anak untuk tahun depan, cuma ada beberapa barang lagi belum beli. dalam pada tu jugak kami dah ambik satu lagi pakej celcom broadband RM98 dan beli satu router wifi rm 399. kami ambil langkah ni pasal area ruma dah ada liputan celcom 3G. Mula bawak balik pening jugak kepala abe ejas menatang tu pasal wireless tak dapat akses ke laptop. Semalam masa wife abe dengar taklimat skim gaji abru, abe bawak wireless tu ke kedai dan suruh staff kedai tu tlg tengokkan, oakaylah tapi bila samapai bangi ni, masalah sama berulang, abe pun penat la, malas nak ejas lagi. tapi tadi bila abe try, dapat pulak, tapi akses tak lajulah.. Walau bagaimanapun abe harap pelaburan abe ni (beli router & tambah pakej) berbaloi2.

Semalam lepas check-in kat hotel ni, kitorang naik komuter gi LOw Yatt nak cari power adaphter untuk handycam abe yang rosak sejak setahun lepas. Power adaphter tak ada, kena order, pastu mahal pulak. Abe beli charger bateri dan satu lagi bateri. Alhamdulillah, handycam abe tu dah boleh beroperasi mcm biasa. Thanks to my wife n kids.

Abe buat apa kat bangi ni? Sebenarnya wife abe ada meeting penandaan paper stpm, abe ikutla sekali..

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Sunday, December 11, 2011

Cuti, cuti dan cuti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada saat ini abe tengah menanggung sakit gigi. gigi mana pun abe tak pasti, banyak sangat yang dah rosak. Abe makan ubat pun tak dapat nak menghilangkan rasa sakit. Memang betullah orang kata kalau sakit gigi semua benda tak jadi, mood dan selera makan pun hilang. masa sakit gigi ni punyalah berazam kalau dah hilang sakit, nak gi cabut, tapi itu masa sakit, bila dah hilang sakit lupa apa yang dijanjikan.

Ada satu perkara yang abe nak share kat sini iaitu  kat tempat abe ni dah ada liputan 3G Celcom. jadi nak surf internet tu laju sikitlah dari sebelumnya. Broadband ni memanjang aje lampunya warna biru. Abe dan wife pun rancang nak upgradekan broadband dan nak beli router wifi, boleh pakai ramai2 dalam satu masa, insyaAllah.

Esok abe dah mula  mesyuarat keduapenandaan SPM. Sebenarnya abe dah siap tanda hari selasa lepas lagi, selesaikan cepat2 takut ada hal lain yang akan datang, tapi insyaallah semuanya dah selesai, cumanya claim saja yang belum print takut nnt ada apa2 perubahan.

Cuti hujung tahun kali ni boleh dikatakan penuh dgn aktiviti dan terisi jugaklah, pasal sebelum cuti, abe dan wife dah buat perancangan, alhamdulillah tak ada yang clash. tapi satu je spoil, abe sakit gigi, tak dapat nak enjoy sangat cuti ni (nasib baik dah habis tanda kertas.)

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...