Tuesday, November 22, 2011

Ulasan Best dari TV3

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tahniah Buat Skuad Harimau Muda
22/11/2011 10:29:00









Tahniah buat skuad bola sepak Sukan Sea, diterajui jurulatih Ong Kim Swee, yang benar-benar membuatkan kita bangga.
Perlu diingat, acara bola sepak Sukan Sea di tanah Jakarta, Palembang bukan sebarang pingat..
Ia dianggap 'ibu' kepada semua pingat emas.
Malah, tidak keterlaluan jika kita katakan, meskipun Indonesia bergelar juara keseluruhan Sukan Sea edisi ke-26 kali ini, kejayaan mereka sebenarnya "cacat".
Ia gara-gara "berputih mata", emas berprestij lagi penuh tradisi daripada acara bola sepak yang "terlepas", dikalung ke leher pemain Malaysia.
Biarpun dimulakan dengan provokasi keterlaluan di luar padang, "Harimau Muda" beraksi penuh semangat lagi garang untuk mempertahankan pingat emas selepas menundukkan tuan rumah, 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.
Pada aksi permainan sebenar 90 minit, serta tambahan masa, kedua-dua pasukan terikat satu sama dalam aksi penuh klasik serta mendebarkan di lokasi yang kini sudah "luntur" keramatnya, Stadium Gelora Bung Karno.
Beraksi di stadium utama Gelora Bung Karno yang dibanjiri lebih 100 ribu penyokong lautan merah putih, Indonesia terlebih dahulu merentap semangat Malaysia.
Apa tidaknya, hanya selepas lima minit sepak mula, Indonesia sudah di depan menerusi tandukan kencang Gunawan Dwi Cahyo minit ke lima yang mengegar jaring, sekaligus menyemarakkan semangat penyokong tuan rumah.
Minit ke-16, skuad negara dikejutkan lagi dengan jaringan kedua, mujur pengadil dari Jepun, Tojo Minoru menafikan jaringan Titus Bonai yang 'offside'.
Kesempatan terbaik Malaysia untuk membolosi gawang lawan muncul pada minit ke-19 tetapi sepakan deras Mohd Irfan Fazail berjaya dibaca penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.
Skuad Harimau Muda terpaksa menanti hingga minit ke 38 sebelum kegigihan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar yang kemudian mengumpan bola untuk disambut Asrarudin Putra Omar dengan tandukan rendah untuk gol penyamaan.
Satu sama tamat separuh masa, aksi terus rancak pada babak kedua.
Namun kedua-dua pasukan gagal menyudahkan beberapa peluang terhidang yang dimiliki.
Tamat 90 minit, aksi masa tambahan 30 minit juga tidak dapat menentukan pemenang memaksa perlawanan berakhir menerusi tendangan penalti.
Juga berlangsung penuh mendebarkan apabila pemain Indonesia, Gunawan, dan Fakri Saarani buat Malaysia, gagal menyempurnakan tendangan.
Peluang tiba apabila Khairul Fahmi Che Mat menafikan tendangan terakhir Ferdinand Srinaga.
Dan Badrol muncul wira apabila tendangannya meleret mencecah jaring meskipun sedaya upaya ditampan penjaga gol lawan.
Kemenangan ini memberikan pingat emas ke- 59 buat kontijen Malaysia.

Link:  http://www.tv3.com.my/beritatv3/sukan/Tahniah_Buat_Skuad_Harimau_Muda.html


semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Garuda Tersungkur di Bumi Sendiri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 
 
Akhirnya pasukan harimau muda berjaya membenamkan keeogoan dan keangkuhan seluruh warga indon dalam perlawanan akhir bola sepak sukan sea ke 26 malam tadi. puas hati abe bila team harimau muda memberikan tentangan sengit kepada team indon hingga ke sepakan penalti yang berkesudahan malaysia menang denggan membenamkan kesombongan team indon 4-3. Kalau goblok2 itu semua letak maruah mereka pada sebiji bola dan boleh ditendang dan disepak dengan kaki, maka terimalah bagaimana maruah kamu sebagi sebuah negara telah tersungkur sama dengan tersungkurnya penjaga gol imdon malam tadi yang abe tgk kulit mukanya mcm tak berdarah masa menunggu sepakan dari hero2 malaya.

Para warga indon seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran bahawa kesombongan dan keangkuhan mereka tidak membawa apa-apa faedah. Kejayaan Malaysia malam tadi membuktikan kata-kata "kebenaran akan terbukti akhirnya" tapi abe rasa kalau dah dasar indon mcm tu, dorang tak akan terima kenyataan, akan ada saja salah silap Malaysia yang akan dijadikan sebab untuk warga2 indon memprotes Malaysia.
syabas lasykar garuda, kalian kalah lagi...

Satu perkataan saja yang sesuai buat seluruh warga indon yang sombong, bodoh dan dungu iaitu "padan muka".

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Sunday, November 20, 2011

Sah sampai..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
alhamdulillah, abe dah ada dah kat kampung setelah berada di jalan raya selama 9 jam. Kepala pun mcm beralun lagi ni rasa mcm ada dalam kereta. Cuaca kat sini agak muram, ni pun tgh hujan lebat, biasalah bulan 11 ni dah musim dia. Katak pun tgh bersahut-sahutan panggil hujan. Balik cuti kali ni agak special psl dpt tgk cucu baru (cucu sudara).

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Wednesday, November 16, 2011

Ibadat haji

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Kerja Siapa??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semalam dalam dok sedih2 telefon oppss iphone hilang, masa buka pintu nak gi sekolah, abe sekeluarga terkejut tengok 2 ekor anak kucing dah mati, sekor dah tak ada cuma tinggal tali perut saja. Seekor saja yang tinggal. Abe pun rasa frust jugak, pasal anak2 kucing tu comel2 (hehehe). Abe syak ibu kucing tu yang makan anak dia, pasal ibu kucing yang kitorang panggil "Lia" ni suka makan tangkap dan makan ayam mertua abe. Tapi musykil jugak pasal nampak dia sayang dan pandai jaga anak. Ada member2 cakap yang makan anak kucing ni biasanya kucing jantan. Ada jugak kebenarannya, pasal ada sekor kucing jantan ni asyik datang rumah abe aje. Yang sekor ni abe bawak masuk dalam rumah dan nampak dia sayang anak yang tinggal sekor ni. Abe rasa ralat jugak, pasal sebelum ni Lia nia beria2 nak letak anak dia dalam rumah. Abe tak bagi pasal Lia ni suka menyelongkar. Lia ni jugak asyik mintak makan saja, rimas abe dibuatnya (hehehe). Tapi tulah, biarlah yang tinggal sekor ni letak dalam rumah, nnt besar sikit letak luar la...hehehe.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Ralat..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ralat pasal tak dapat buat apa2 bila buat call ke hp abe, nada dering ada tapi tak ada sapa jawab. Macam tgk orang tengah lemas bergelut dengan maut tapi kita tak dapat tolong pasal tak tau berenang. Ya, iphone abe tu dah hilang hari ahad lepas masa abe gi  kenduri. Balik dari kenduri jam 2 ptg, terus tido.Abe sedar hp dah tak ada masa nak gi Bahau lepas bangun tidur kira2 jam 5 ptg, tapi tunggu dulu kot2 salah letak kat dalam rumah. Nak gi cari kat tempat kenduri rasanya sia-sia saja. malam telefon tuan rumah tempat kenduri kot2 orang yang jumpa tu budiman bagi kat tuan rumah simpan, tapi x ada. Abe keep calling sampailah pagi selasa, nada dering dah tak ada.Nada dering ada sampai hari isnin, pagi selasa dah tak ada, cuma mail box saja. Petang semalam abe gi celcom mintak SIM baru (ofkos kena rm10). Semak baki cuma tinggal 14 sen dari RM9 lebih. Maknanya ada orang jumpa dan simpan.  Yalah, iphone tu pun bukan mahak sangat (hehehe), credit pun kurang RM10, tapi dosa org mengambil tu tertanggung sampai bila2..

dalam kenangan.. T-T

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...