Sunday, February 27, 2011

Happy Birthday Adib

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


gambar lama..

Semalam, Sabtu 26 Februari 2011 ialah harijadi adib yang ke 11 tahun. Tengok, dalam diam tak diam, pejam celik pejam celik, rupa-rupanya anak saya Muhammad Adib Nuqman sudah pun berusia 11 tahun. Tetapi kami sekeluarga agak terkilan juga kerana tidak berkesempatan untuk meraikannya kerana sibuk dengan kenduri jiran sebelah, tetapi ucapan selamat hari jadi tidak kami lupakan. Mungkin kami akan meraikannnya dalam masa terdekat dengan membelikan kek harijadi. Walau bagaimanapun malam tadi kami telah membawanya untuk makan diluar.

Selamat Hari Jadi Adib, semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa, keluarga, bangsa, negara dan agama.


semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

Kenduri 26 Februari

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam berlangsungnya majlis perkahwinan ain iaitu anak jiran saya abang azmi. Seawal jam 6.30 pagi saya sudah ada di perkarangan rumahnya untuk tolong memasak. Masa saya sampai, sudah ada beberapa orang di situ. Lantas saya diarahkan menghidupkan api untuk memasak rendang ayam. Saya diberikan sehelai tuala muka (ada istilah lain, tapi saya lupa). Pada kain tersebut ditulis nombor untuk cabutan bertuah. saya dapat nombor 026. Kebetulan agaknya kerana semalam tarikhnya 26/2 dan kena pulak tarikh lahir anak lelaki saya, Adib. Alhamdulillah dia sudah 11 tahun. Pada masa yang sama, di rumah datuk perdana, kumpulan yang lain pula sedang melapah lembu dan lebih kurang jam 8.00 pagi daging lembu pun sampai. Disebabkan ramai juga yang datang membantu, kerja jadi senang dan ringan. Kerja-kerja memasak selesai lebih kurang jam 10.30 pagi.

Alhamdulillah, cuaca semalam baik sekali, walaupun malam tadi hujan turun dengan lebat sekali. Kasihan saya tengok abang azmi masa hujan turun tu, takut keadaan yang sama akan berlaku pada keesokannya. Tapi alhamdulillah, cuaca baik sehingga petang wlaupun masa saya keluar dari rumah subuh semalam, ada sedikit rintik-rintik hujan, dan awan mendung berarak sebelah pagi. Majlis berjalan lancar bila mana tetamu mula makan lebih kurang jam 11.30 pagi. Ketika tetamu menjamu selera, Datok Hassan Malik, Ahli Parlimen Kuala Pilah tiba dan beliau diberi penghormatan untuk melakukan cabutan nombor bertuah. Memang bertuahlah agaknya, nombor saya naik dan disampaikan pula oleh YB Datok.

Satu peristiwa yang agak melucukan berlaku apabila saya dan beberapa orang lagi diminta untuk membantu menolak sebuah kereta yang tersekat dalam lumpur. Semasa menolak, habis seluar saya terkena tanah apabila pemandunya menekan minyak. Selepas kereta itu berjaya dinaikkan, saya terus pulang ke rumah dan datang semula pada sebelah petangnya untuk membantu mengemas.

Hari ini pula, saya akan menyertai rombongan pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki di Shah Alam. Rombongan kami akan bertolak lebih kurang pukul 10.00 pagi ini.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

Wednesday, February 23, 2011

Bawak lori la pulakkk..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi dah berlangsung sukan sekolah. Abe bertugas sbg pengurus peserta, buatlah apa yg patut. Semalam abe ada tolong2 cg Jamal pasang khemah, wp abe bukan ajk khemah, tapi kesian jugak dia dgn cg rusli dok terkial2 pasang khemah dan hari ni pon abe tak terus balik lepas habis sukan, tapi abe tolong jugak lagi ncg jamal bukak khemah tu semula. Tak ramai yg datang tolong. Tak sampai hati tgk dia dgn budak2 QM dok bukak khemah tu. Cg rosman yg ajk khemah ni pon langsung tak turun tolong, rasa muka dia pon x nampak sepanjang sukan berlangsung. Tapi yang menariknya hari ni, buat pertama kalinya abe bwk lori cg jamal gi hantar barang2 kat dewan, tapi mcm okay je..

Balik aje dari sekolah, abe terus ke balai polis kp nak bayar saman, kena jugak beratur psl ada 4-5 org yang tunggu nak bayar. Abe ambik kesempatan discount 50%. Sebenarnya semua saman abe dah jelas bulan januari hari tu, tapi yang ni saman motor WBF9297 yang abe pakai masa di UPM dulu. Motor ni ayah abe dah jual tapi tak tukar nama. Motor ni kena saman tapi abe yang kena. nak tak nak, sementara ada discount ni abe bayar ajelah. Harap2 lepas ni motor ni tak ada saman lg. Saman ni pon tahun 2005.

balik rumah tadi abe ingat ada gotong royong nak sediakan tempat parking kereta kenduri nnt tapi tunggu punya tunggu tak ada pulak org datang, terpaksa tangguh esok,tapi sempat jugak gi ambik pinggan kat kp. Nampak esok abe dapat jugak ikut dorang carik umbut kelapa pasal mesyuarat sivik esok cg rusli sanggup ganti.
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

Tuesday, February 22, 2011

Kenduri lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nampaknya hujung minggu ni masa abe akan penuh terisi. Apa taknya, jiran abe akan adakan kenduri kawin anaknya. Sebenarnya kerja2 persiapan dah mula 2 bulan lepas. Mula dengan pasang khemah untuk masak2. Masa tu kitorang pasang jugak khemah tu walaupun dalam hujan. Tak lama lepas tu kitorang berkumpul lagi nak buat pulak khemah tempat sediakan makanan dan tempat basuh pinggan. Esok pulak rancang nak sediakan tempat parking kereta dan nak pegi ambik pinggan dekat pilah. Kemudian hari khamis pulak nak carik umbut kelapa sawit sebagai sebahagian hidangan. Hari Jumaat akan dilangsungkan akad nikah sebelah petang, tapi sebelah pagi dah nak mula kerja2 masak memasak untuk jamuan selepas akad nikah. Hari Sabtu pulak hari langsung. Hari Ahad pulak abe nak ikut rombongan ke rumah pengantin lelaki di Shah Alam. Jiran terdekat kenalah terlibat sedikit sebanyak. Kebetulan pulak abe pon sibuk jugak dengan hal sekolah. Semalam ada acara akhir sebelum sukan. Esok acara sukan akan berlangsung, kemudian petang khamis pulak nak kena gi mesyuarat panitia sivik. Hari Sabtu asalnya ada LDP tapi nasib baik ditunda, kalau tak abe mesti excuse punya. Kawan2 abe kat sini semua dah mohon cuti hari Jumaat ni khas untuk kenduri tu. Abe mulanya nak apply cuti jugak, tapi fikir balik, hari jumaat separuh hari saja, rugi jugak. Abe tak dapat nak bayangkan hari Isnin minggu depan mcm mana keadaan abe kat sekolah nnt, mesti flat habis..

..semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Sunday, February 20, 2011

Projek baru??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mungkin seronok dengar cerita kawan2 yang menoreh getah yang dapat pendapatan lumayan kerana harga getah naik, abe pun tiba2 timbul idea pulak nak tanam getah kat belakang rumah. Dengar mcm lucu jugak tapi bila fikir balik, bagus jugak. Lagi pun laman belakang rumah tu agak luas jugak, tak ada pokok apa pun. Dulu abe cuba jugak tanam poko pisang, tapi habis dikerjakan dek monyet. Kalau abe tanam pokok2 buah pun mcm tu jugak, dah tentu habis dikerjakan dek monyet. Abe bagi tahu wife abe pasal ni, dia pun mcm okay jugak. Memanglah tak banyak yang boleh ditanam, tapi adalah jugak pokok dari tak ada pokok langsung. Abe ingat dalam 100 batang boleh muat kot. Buat masa sekarang ni abe nak pagar dulu tanah antara pagar abe dengan pagar jiran sebelah, kemudian baru abe boleh mula tanam. Nampaknya lepas ni abe akan jadi penoreh getah part time!!!

Monday, February 14, 2011

Pasal Reunion..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nampaknya abe tak dapat la nak join reunion dengan kawan2 abe masa sekolah menengah dulu. Reunion ni dah dirancang hampir 2 bulan dah. Masa tu abe mmg komited nak hadir tapi tak berani nak confirm, tapi nampak gayanya tak dapat abe join psl cuti sekolah nnt wife abe kena ngajar pulak. Melampau jugaklah kalau abe balik kb sorang-sorang. Yalah bukan senang jugak nak kumpulkan ramai2 pada satu masa lebih2 lagi sekarang ni masing2 terikat dengan komitmen sendiri. Tapi kwn2 pulak janganlah ingat sesiapa yg tak dapat join reunion tu anti sosial pulak atau kera sumbang, jangan pulak pandang serong dan anggap mcm2. Jangan pulak reunion ni jd sebab nak bergaduh pulak. Yang dapat join tu oklah, yg tak dapat ikut mungkin next time boleh join dan yg dapat join skrg belum tentu dapat join next time..

Dan abe rasa nak buat reunion ni x payahlah nak grand sangat. Tak payahlah  buat kat hotel2 besar, kedai mamak pun jadi. tak semua kawan2 kita berjaya mcm kita, ada yang bisnes psr mlm, kerani, potong getah pun ada. matlamat asal jgn menyimpang.

Monday, February 7, 2011

Traffik!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe hantar nurin balik seri puteri. Masa sampai pilah ok lagi tapi bila masuk melang abe terkejut besar tgk kereta berderet. Abe lupa pulak yang raya cina dah habis dan ramai yang mula nak balik. Abe fikir kalau di sini dah jem teruk, dah tentu sampai ke seremban. Abe pon terus pusing balik dan ikut jalan kuala kelawang, wp jauh sikit tapi traffik lancar. Abe bertolak jam 2.30 sampai di ssp jam 5.30 ptg. Alhamdulillah tak ada apa2 kejadian malang berlaku.

Sunday, February 6, 2011

Cepat boring..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah lama jugak abe tak online dan jenguk2 blog abe nih. Entah la, bukan tak nak online tapi memang betullah, abe ni mmg cepat boring pada sesuatu benda. Sebelum ni abe memang beriya2 online dan dok depan laptop layan blog dan facebook, tapi sekarang ni nak bukak laptop pun malas. Tunggu laptop ready satu hal, kdg2 laptop ni tak pulak dapat detect modem broadband dan tak dapat connect lagi. Itu belum masuk coverage lagi. Daripada jadi tunggul kayu kat depan laptop ni, baik abe buat kerja lain yang lebih berfaedah.

Dah lama jugak abe tak log in facebook. Nampaknya fb abe ni bakal jadi page social networking abe yang lain sebelum ni macam myspace, hi5 & friendster yang dah lama abe tak bukak dan dah tak aktif lagi dah. Tapi abe rasa abe terus aktif kat blogger ni untuk catatan apa2 aje.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...