Saturday, October 24, 2009

Family Day at Tiara

Hari ni the pasohan buat family day kat Tiara beach resort pd. Start jam 11 pagi kat Bt 4 pasal chech in jam 3, aku x ikut sesi pagi ni psl g sban buat urusn bayar kredit card n car payment. Then sampai tiara pukul 3 terus check in. Lepas solat asar terus g berendam sampai jam 7. Malam ada dinner, penyampaian hadiah n cabutan bertuah.

Nurin x ikut pasal dia ada camping ibadah kat sekolah dari jumaat tuhari lagi sampai esok. Kitorang pon esok gak habis. Lusa igt nak g seri menanti tgk pertabalan Yamtuan.

Wednesday, October 21, 2009

Rasa frust la jugak..

Mana taknya. rasa2nya aku kongsi everything dgn dia. 99% rasanya,dia tak tanya, sukarela aku bagitau. tapi bila tanya dia tak ngaku. alih-alih mmg ya. tanya ngapa tak ngaku, dia jawab dia tak penah kata tak pon... yala salah aku latu. aku ingat kitorang rapat. aku tak kisah la dia tak bagi tau pon, tapi at least apa salahnya mengaku kalau aku tanya utk dpt kepastian....tah lah. kalau dah rezeki apa salahnya bagitau, nitak, meniya tidak, nafi pon tak, mcm nak tak nak je..aku mmg rasa frust sangat. cara ckp pon mcm meninggi diri, mcm dia je ada, org lain pon ada jugak tak yah la nak menunjuk2...best friend ke cam tu??

Monday, October 19, 2009

Wednesday, October 14, 2009

Meja dah sampai

Hari sabtu lepas gi jalan2 semban, dah tu singgah kedai perabot, mmg rancang nak beli set meja makan, set ruang tamu n set bilik tido. dan dalam persinggahan tersebut....hehehe.... kami terbelilah almari sudut, cermin dinding, almari ruang tamu, set sofa dan meja makan. Semalam (13/10) set meja makan sampai, punyalah berat, tak terangkat, terpaksa mintak tolong kwn2 kat surau datang angkat. Meja makan bulat dengan tempat duduk 8 orang. Marmar you...tapi harganya mahal la..terkilan jugak..mahal sgt...Rm2780.. fuh.. tapi dah terbeli..apa nak buat...nampaknya kat situ la letaknya meja tuh, dah takkan ke mana2 dah..berat nak mampus..

Suatu hari di Melaka

Hari ahad lepas (11/10) kitorang gi melaka. tak rancang pon. Abg ipar (angah) dpt pingat dr yang dipertuan negeri Melaka. mak mertua nak pegi, tapi tak de org nak antar dia. Biasa kalau dia nak kemana2 kalau kitorang tak nak ikut, ada la adik-beradik lain volunteer hantarkan. biasa angah dan bang chek la. tapi kali ni angah pon x de nak dtg jemput mak, n bang chek pon diam jo. Tapi alih2 andak dah sampai rumah angah. Aku pon fikir2 kesian jugak kat mak, kemudian buat plan: kalu pegi bukan boleh masuk dalam dewan tu, paling2 dok melangut kat luar je. So bagi tau wife, kita g zoo melaka je la, anak2 pon dah lama sgt nak g zoo. So pegi la melaka. dapat la jumpa saudara jauh, ...hehehe.. ni dia.

tah idup ke tidak tapir nih..
Lepas jalan2 kat zoo, tu terus g rumah angah, tapi dia belom balik. lepak la sampai 2.30. dalam 3.30 ptg balik....

Friday, October 9, 2009

Nurin & IC

Hari ni igt nak bwk nurin ke pejabat pendaftaran nak buat IC. Birthday dia 24/9 ari tu, tapi tak sempat lagi nak pegi, igt ari ni ptg ada free nak bwk dia. Heeee..dah besar anak aku sowang nih..

Thursday, October 8, 2009

Avanza 100,000km mileage


Wah...smlm dah anta keta avanza aku untu servis 100,000 km n ptg tu jugak meternya dah capai 100,000 km. Itu dah 4 tahun since beli pada 2005. 3 tahun lagi bayar. Semalam pon wife aku anta spectra g servis 60,000km kat seremban. habis jugak rm500 utk spectra dan avanza dlm rm250. Tu sume 750...fuh..
Hari selasa lepas, masa kat sekolah dpt msg yg ayah cg nasbi meninggal kat kampung dia di temerloh, mulanya rs tak dpt nak pegi psl jauh sgt. pas tu tgh hari dah berubag fikiran, ajak Hashim gi n mintak kebenaran kak mis. dalam 12 tghari kitorang bertolak la g temerloh. Bila sampai, jenazah dah selamat dikebumi, tgh baca doa. Tu la fikir2 tak do sorang yg pegi, dalam berat2 nak pegi, aku volunteer la wakil kawan2 lain. Dalam pada tu aku mintaklah hashim tunjukkan rumah ustaz khairuddin kat situ yg dorang ckp cantik, tapi mmg cantik la...hehehe...sapai umah dalam 5.30, pas tu ikut kwn2 jemaah surau g ziarah ahli jemaah yg accident terlanggar lembu...kira mcm g beraya jgakla..penat tol la hari tu...esoknya lak mula jg exam PMR kat SMJK Chung Hua.. Firsr day ok lagi, tapi 2nd day, hari ni, dorang mula tunjuk belang...kalau dilayan sakit hati... Sibuk punya pasal, hari ni baru ada can bukak laptop n internet...

Monday, October 5, 2009

Friday, October 2, 2009

Hampir setahun akhirnya dapat anak kembar...

Waduh... dah nak dekat setahun, akhirnya pokok pisang yg aku beli dekat pameran MAHA tahun lepas, dah keluarkan 2 anak. Pokok pisang tu pon kecik lagi..ada dalam 1 1/2 meter. Berbuah pon belum..sejak beli ari tu, pokok pisang ni lambat besar, akhir2 ni je dia rancak sikit keluarkan daun. Alih2 2 hari lepas masa aku tanam pokok pinang dekat pokok pisang tu, ternampak 2 anak dia baru mula nak keluar dr tanah...hehehehe...syoknya...

Amacam saspen tak?? hehehhe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...