Friday, December 19, 2008

Dah Cukup Umor...

Tadi tgh buat longkang, wife aku datang bg tau yang anak sulung aku Nurin tu dah datang bulan...dah period la tu... Hmmm.... belum 12 tahun lagi umo dia...ada dalam 11 tahun 3 bulan. Mmg budak2 sekarang cepat matang. dia dah tau psl period, so tak la susah kitorang uruskan...wife aku bg je pad dia...Tapi wife aku bagi tau kwn2 nurin ni dah ramai yg period..so normal la... Lepas ni kena asing tempat tido. bilik dia dah ada, cuma x nak tido situ. Kami tido sama2 dalam satu bilik....nak x nak lepas ni kenalah dia tido bilik dia tu...

Projek Longkang

Semalam sambung lagi projek lonkang garaj keta aku.... petang smlm gi beli longkang yg x cukup, then petang sikit terus sambung. Tgh buat tu sorang jiran datang ajak g surau malam ni...dia tgk la 'karya' aku tu...longkang tu condong sgt, takut x sempat samapai ke longkang rumah aku yang nak alirkan air keluar....so aku repair sikit, n sekarang dah ok...

Jiran tu datang ajak g surau dorang nak buat activiti untuk surau kat ulu tu...so smlm adalah dalam 14-15 orang yang datang, lanti AJK n rangkan aktiviti. Dorang lantik aku setiausaha...aku ok jer..

Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha (Raya Haji)

Ari ni raya haji. lepas semayang raya tadi, makan-makan n terus g tempat korban. Bukan jauh pon, sebelah umah jer. Tolong lapah daging n yang paling istimewa sekali ialah kena bersihkan perut lembu.... kerja yang orang sume ngelak nak buat....selesai dekat jam 2 petang. Dah selesai, balik terus tidoooooo.... (p/s: broadband kat sini laju, so amik kesempatan download mana yang patut....hehehehe)

Friday, December 5, 2008

Balik Kelate weh!!!...

Ari ni balik kelate la pulak...lepas 2 minggu lebih cuti. Ni pon tak lama, rabu depan balik NS semula pasal wife ada lecture. tadi tolak jam 11 pagi n sampai sini tadi dalam 7.30 mlm. sepanjang perjalanan tak ade hujan sangat, cuma 1, 2 tempat je... Tapi kat umah aku ni sekarang hujan. mak aku cakap dah 2 hari tak hujan, ni sambung hujan balik..camana nak raya nih weh....

Thursday, December 4, 2008

Dah habis bertugas...

Jadual aku bertugas di sekolah masa cuti ni dah abis...semalam. Mula ari tu jumaat, sambung isnin sampai semalam. Aku amik kesempatan masa kat sekolah buat penandaan skrip jawapan spm. Dapatlah 20 skrip satu ari.

Dalam pada tu aku dah mula buat longkang utk garaj aku. Hari ni dah mula pasang psl lubang dah gali 2-3 hari lepas. Pasang punya pasang rupa-rupanya longkang tu kurang pulak...adoh...
tak apelah, nanti dah pasang sume nnt aku gi beli la yg mana kurang tu....

Hari Selasa lepas 2/12 aku cabut lagi sebatang gigi depan ni. so kedua2 gigi kacip aku yang belah atas dah tak ade....lega sangat. Sebelum cabut bukan main takut lagi psl takut sakit...meremang bulu roma....tapi sume dah selesai...tunggu seminggu lagi nak buat gigi palsu..sebenarnya dua batang sebelah-menyebelah tu pon dah tak elok, tapi gigi tu kuat lagi, tak goyang pon, takut nak cabut sakiiit...

Hmmm....semenjak dua menjak ni banyak jugak perkara yang mengejutkan berlaku. Malam semalam boss aku call, tp x sempat aku nak angkat. So, aku call dia balik, saspen jugak la psl bos yg call. Dia kata ni confidential sikit. lagi aku saspen. Rupanya dia tanya aku nak ke jd GPK Koku di sebuah sekolah di Jelebu (sekolah tu aku x nak kasi tau lagi pasal belum kompom), aku terkejut jugak la tapi memandangkan sekolah tu jauh dari rumah aku ni, aku pon serba salah, dia usha jugak, bagi masa aku fikir dan discuss ngan owang umah. owang umah aku punyalah suka bila aku bagi tau. Dia suruh terima je, pasal peluang mcm nih tak selalu dtg. Tapi aku still berbelah bagi pasal sekolah tu jauh. Sekolah aku sekarang dalam 35km, rasa utk ke sekolah tu, kena tambah lagi 30km kot.....jaauuuuuh.. tapi wife aku desak jugak suruh terima......so aku fikir2 balik, aku terima lah nikahnya dengan mas kahwin sekian2...huhuhu...boleh ke?? belum cuba belum tau. Aku rasa inilah masanya aku nak merasa post GPK (faham maksud aku??). bukan pasal elaun yang RM120 tu, kalau psl elaun tu jadi GKB mcm sekarang ni pon dapat. Aku ada beberapa alasan yang boleh dipakailah yang menyebabkan aku terima: 1) aku dah di sekolah pasoh 2 dah genap 10 tahun tahun ni. 2) nak pindah tapi tunggu peluang je.. 3) peluang naik pangkat.. 4) merasa post GPK.. 5) sebagai batu loncatan (mungkin)...

walaupon begitu, aku rasa aku x rugi apa2 pon, dapat kira ok la, x dapat pon x apa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...